Saturday, 2 February 2008

Puisiku

Berdiri di sini ku merasa,
Perasaan yang mendalam dalam diri,
Ku nampak diriku sebagai budak kecil,
Ku rasa bodoh dan naif

Siapakah aku?
Siapa tahu?
Aku pun tak

Ku sudah sesat,
sesat dalam duniaku sendiri,
Ku tidak mahu dijumpai,
Ku cari kebohongan,
Untuk menyorokkan diriku dari dunia,
Dan manusia di sekeliling

Alangkah sedihnya,
Aku ini tidak bermakna apa-apa melainkan boneka,
Boneka kepada orang-orang disekelilingku,
Mengawal pergerakanku,
Perasaan dan perbuatanku

Tetapi,
Bagaiman aku boleh biarkannya begitu,
Pabila aku tahu mereka tiada beza dari diriku,
Apabila sejuk,
Mereka akan rasa kesejukkanya seperti aku,
Pabila ditikam,
mereka kan rasa kesakitan sapertimana aku merasainya,
Pabila disayangi,
mereka akan merasai sayang itu seperti aku,
mungkin lebih dari itu

Betapa bodohnya aku,
Membiarkan mereka mengawal diriku,
Apabila mereka tak tahu apa-apa tetapi untuk membuatku sedih,
Dan memandangkan sekarang ku dah sedar,
Sudah tiada apa-apa yang boleh mereka buat,
untuk mematahkan diriku ini.

Kepada para pembaca, puisi ini adalah translation kepada puisi original saya yang saya tulis di tempat lain..Ini adalah URL nya jikalau ingin membacanya..
http://www.authspot.com/Poetry/Standing-Here-I-Feel.74242

Ape nak jadi dengan kita gadis melayu?

Ini bukanlah penghinaan ataupun ketidaksyukuran. Saya menulis ini atas dasar keprihatinan sahaja. Saya ni anak melayu, tapi saya tak berapa gembira dengan perangai-perangai anak-anak melayu dekat Malaysia, kawan saya, saudara saya, sesiapa yang terlibat la kan..Setiap hari mesti saya dengar kes rogol, kes rompak, kes bunuh etc.
Dalam article nie, saya tak akan panjang-panjangkan, saya hanya ingin menghighlightkan kes rogol sahaja. Apa boleh saya kata? Siapa yang boleh saya salahkan? Saya pun tak tahu, kalau bab kes rogol, saya rasa yang paling sesuai untuk dipersalahkan adalah tidak lain dan tidak bukan, mangsa itu sendiri, ini pun bergantung pada situasi juga. Pada saya, kalau gadis itu pakai baju yg menutup auratnya, tidak mungkin akan ada orang yang nak menarik harga diri die tu, ini termasuk lah lelaki ke, perempuan ke(dalam kes bergosip-gosip), saya kata ni sebab pada saya, untuk seseorang itu mengenakan orang yang pandai jaga diri ni, jarang sekali berlaku, sebab itulah, jarang kite dengar cerita perempuan pakai pakaian menutup dirogol. Apa yang lagi menyedihkan apabila, perempuan itu bukan dirogol, tapi apabila dia sendiri yang menyerah tubuh badannya kepada lelaki-lelaki yang sekian. Kononnya sehidup semati, tapi, sedar ke dia bahawa kalau mati bersama pun, kalau tak cukup pahala (tak lebih dari dosa) waktu akhirat nanti, lagi menerukkan akibat je. renjaman api neraka itu 70 kali api di dunia...Cubalah anda semua bayangkan, kene api dunia sikit pun dah meraung, ini kan pula api neraka...MasyaAllah..Tak sanggup saya bayangkan.
Tak lain juga perempuan-perempuan yang pakai tudung tapi melakukan maksiat, zina, malah lagi berat hukumannya, perempuan-perempuan macam ini dianggap sebagai munafik, or as they call it in english hypocryte, pakai tudung sepatutnya ajak lah orang lain tutup sekali aurat, bukannya mengajak lagi ke arah maksiat. Saya ini bukan apa, hanya sekadar menasihati, saya ini tetap manusia biasa, tak lain dan tak sama dengan manusia lain, saya tulis ini hanya sebagai nasihat sahaja...terpulanglah kepada individual itu sendiri sama ada nak ikut ke tak.

Harap apa yang saya tulis tidaklah menyinggung mana-mana pihak..Kalau ada, tolonglah maafkan saya, saya benar-benar tak berniat nak berbuat demikian.

Demikian dari saya,
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatu..=)


Good Luck and may you live your life to the fullest!! =D