Saturday, 2 February 2008

Puisiku

Berdiri di sini ku merasa,
Perasaan yang mendalam dalam diri,
Ku nampak diriku sebagai budak kecil,
Ku rasa bodoh dan naif

Siapakah aku?
Siapa tahu?
Aku pun tak

Ku sudah sesat,
sesat dalam duniaku sendiri,
Ku tidak mahu dijumpai,
Ku cari kebohongan,
Untuk menyorokkan diriku dari dunia,
Dan manusia di sekeliling

Alangkah sedihnya,
Aku ini tidak bermakna apa-apa melainkan boneka,
Boneka kepada orang-orang disekelilingku,
Mengawal pergerakanku,
Perasaan dan perbuatanku

Tetapi,
Bagaiman aku boleh biarkannya begitu,
Pabila aku tahu mereka tiada beza dari diriku,
Apabila sejuk,
Mereka akan rasa kesejukkanya seperti aku,
Pabila ditikam,
mereka kan rasa kesakitan sapertimana aku merasainya,
Pabila disayangi,
mereka akan merasai sayang itu seperti aku,
mungkin lebih dari itu

Betapa bodohnya aku,
Membiarkan mereka mengawal diriku,
Apabila mereka tak tahu apa-apa tetapi untuk membuatku sedih,
Dan memandangkan sekarang ku dah sedar,
Sudah tiada apa-apa yang boleh mereka buat,
untuk mematahkan diriku ini.

Kepada para pembaca, puisi ini adalah translation kepada puisi original saya yang saya tulis di tempat lain..Ini adalah URL nya jikalau ingin membacanya..
http://www.authspot.com/Poetry/Standing-Here-I-Feel.74242

No comments: